Pix krdit : JBPM Kelantan

KOTA BHARU – Dua lelaki yang dilaporkan hilang di Sungai Kelantan di dua lokasi berasingan iaitu di Jambatan Sultan Yahya Petra di sini dan Kampung Kutan Sungai, Tumpat, kelmarin ditemukan lemas semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Darul Naim Ahmad Fakaruddin Berahim berkata mangsa Saidi Che Hassan, 51, dijumpai pada 12.15 tengah hariĀ oleh penduduk kampung, manakala Mohd Shafiq Razali, 28, pula ditemukan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada pukul 5.49 petang tadi.

“Kedua-dua mayat diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu untuk proses bedah siasat,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Dalam kejadian semalam dua lelaki dikhuatiri lemas dengan kes pertama melibatkan seorang lelaki berusia 28 tahun dipercayai terjatuh dari jambatan manakala seorang lagi lelaki berusia 51 tahun hilang selepas sebuah bot terbalik di kampung terbabit.- BERNAMA