Ahmad Zahid Hamidi

KOTA KINABALU – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan dakwaan, kononnya beliau menawarkan jawatan Setiausaha Agung parti kepada seorang individu sekiranya individu itu menyokongnya sebagai Presiden UMNO, pada pemilihan parti 2018.

Ahmad Zahid berkata, dakwaan yang ditimbulkan oleh individu itu, yang kini merupakan seorang pemimpin pembangkang serta dijadikan bahan kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu, adalah tidak benar.

“…saya nasihatkan dia bertaubat cepat-cepat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Antara Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dengan Exco-exco Luar Bandar (MEXCLUB) di sini hari ini, tanpa menyebut secara spesifik nama individu berkenaan.

Pada pemilihan UMNO pada tahun 2018, perebutan jawatan presiden adalah di antara Ahmad Zahid, Khairy Jamaluddin dan Tengku Razaleigh Hamzah. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast