KUALA LUMPUR – Padah melanggar lampu isyarat merah, sebuah kereta terbabit dalam kemalangan itu terbakar setelah bertembung dengan sebuah lagi kereta dan melanggar sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat Jalan Othman, Petaling Jaya hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Shahrulnizam Ja’afar berkata, dalam kejadian jam 6.59 pagi itu kereta yang dipandu oleh warga emas melanggar lampu isyarat sebelum bertembung dengan kereta dan motosikal dari arah Jalan Templer.

“Akibat pelanggaran yang berlaku kereta dan motorsikal itu terbakar di tempat kejadian,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut beliau, berikutan itu penunggang motorsikal berusia 53 tahun mengalami kecederaan parah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Shahrulnizam berkata, kes tersebut disiasat di Bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau meminta saksi kemalangan tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan.

“Kepada sesiapa yang melihat atau berada di tempat kejadian mohon tempil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Penolong Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Saiful Hasan di talian 011-219425572,” ujarnya.-MalaysiaGazette