Datuk R Ramanan, Chairman of of Malaysian politics, the Malaysian Indian Transformation Unit (MITRA). PIX: MUHD NA’IM / 25 MAY 2023 / MalaysiaGazette
Datuk R Ramanan PIX: MUHD NA’IM / 25 MAY 2023 / MalaysiaGazette

KUALA LUMPUR – Kemenangan kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baru (KKB) memberi isyarat bahawa politik fitnah tidak diterima masyarakat.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk R Ramanan, tindakan itu memakan diri kerana rakyat kini memilih untuk menyokong satu kerajaan untuk menaiktaraf kehidupan mereka.

“Kita sudah mula bekerja dari hari pertama tertubuhnya kerajaan Perpaduan ini bukan tunggu hanya musim kempen pilihan raya,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Pada PRK Kuala Kubu Bharu semalam calon PH daripada DAP, Pang Sock Tao menang dengan majoriti 3,869 undi.

Dalam pada itu, Ramanan juga berharap Sock Tao mampu membawa pelbagai perubahan dan melakukan yang terbaik. -MalaysiaGazette