Tuesday, October 22, 2024
Home Nasional Agong berkenan berangkat rasmi HLN 2024

Agong berkenan berangkat rasmi HLN 2024

Majlis Pra-Pelancaran Sambutan Hari Landskap Negara (HLN) 2024 berlangsung di Taman Persahabatan Petang China-Malaysia di sini hari ini.
PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Sultan Ibrahim berkenan berangkat merasmikan Sambutan Hari Landskap Negara (HLN) 2024 di Taman Tasik Shah Alam, Selangor pada 25 Mei.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, ini merupakan kali pertama dalam sejarah YDPA berangkat mencemar duli untuk merasmikan Hari Landskap Negara.
Menurut beliau, sambutan HLN 2024 yang merupakan sambutan kali ke-25 bertemakan ‘Industri Landskap Pemacu Pembangunan Madani akan diadakan selama 10 hari bermula pada 24 Mei di Taman Tasik Shah Alam, Shah Alam, Selangor.
“Dianjurkan Jabatan Landskap Negara dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), penganjuran HLN bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan apresiasi terhadap landskap terutamanya dalam kalangan generasi muda.
“Di samping itu, ia turut menyebarluas kepentingan landskap terhadap kesejahteraan kehidupan melaluian program komprehen landskap pembangunan.
“Selain itu, ia merupakan salah satu usaha dalam meningkatkan kualiti pembangunan landskap negara dengan mewujudkan kesedaran, menarik minat dan pengetahuan dalam kalangan semua pihak terhadap landskap bagi merealisasikan aspirasi untuk menjadikan negarak negarak negarak semua,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pra-Pelancaran Sambutan HLN 2024, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Kor Ming berkata, sempena Sambutan HLN 2024, Anugerah Rosa Sinensis dan beberapa kategori anugerah lain turut disampaikan sebagai penghargaan di atas pelbagai usaha yang telah dilaksanakan dalam memartabatkan industri landskap negara.
Kata beliau, Anugerah Rosa Sinensis merupakan satu pengiktirafan kepada pihak berkuasa mengurus taman-taman awam dan kawasan hijau yang dirancang, dibangun dan diurus secara konprehensif yang memenuhi fungsi pembangunannya.
“Sepanjang Sambutan HLN 2024, pelbagai aktiviti dan pertandingan juga telah dirancang bagi memeriahkan lagi sambutan seperti Larian HLN 2024, pertandingan mewarna kanak-kanak, demostrasi masakan from garden to kitchen, pertandingan mural dan pembinaan dan dari bahan kitar semula, pertandingan gubahan bunga, pertandingan booth industri terbaik, laman PBT, dialog industri, pertandingan photojournalism, bengkel pelajar dan pelbagai lagi.

“KPKT melalui Jabatan Landskap Negara sentiasa berusaha untuk memperkasakan usaha-usaha bagi menyokong perkembangan industri landskap negara yang turut menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara.

“Justeru, ia merupakan usaha untuk memperkasakan industri landskap negara melalui pengukuhan jaringan kerjasama bagi meningkatkan peranan penggiat industri landskap,” katanya. – MalaysiaGazette