Foto Facebook Nga Kor Ming.

KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengesahkan pokok yang tumbang di Jalan Sultan Ismail pada 7 Mei lalu telah berada dalam perancangan untuk dipangkas dahannya.

Menterinya, Nga Kor Ming bagaimanapun berkata, belum sempat pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukannya, pokok tersebut tumbang dan menyebabkan seorang individu terbunuh manakala dua lagi cedera.

“Sebenarnya ada rancangan untuk trim pokok itu cuma nasib malang sebelum DBKL sempat untuk trim petang itu hujan yang lebat dan ribut jadi berlaku kejadian yang tidak diingini,” katanya.

Beliau berkata demikan pada idang media pada Majlis PraPelancaran Sambutan Hari Lanskap Negara (HLN) 2024 di sini hari ini.

Foto Facebook Nga Kor Ming.

Kor Ming menambah, pokok terbabit yang dikenali Hujan-hujan atau Samanea Saman itu dikenal pasti sudah berusia lebih 128 tahun dan dalam keadaan uzur.

“Bagaimanapun kita telah mengambil iktibar dan kerja trim pokok telah dijalankan dengan kadar segera.

Beliau memberitahu, DBKL telah mengenalpasti 1,300 pokok berusia 50 tahun ke atas dengan arahan segera telah dikeluarkan kepada jabatan berkenaan untuk memangkas pokok-pokok yang membahayakan keselamatan.

“Setakat pagi ini tinggal lagi 28 pokok yang layak dan boleh dipangkas,” katanya.

Nga memaklumkan mesyuarat kabinet pagi tadi telah membincangkan dan mengamanahkan Jabatan Lanskap Negara untuk mengenalpasti spesis pokok yang sesuai ditanam di kawasan bandar terutama di sepanjang jalan untuk menjaga keselamatan awam.

Ditanya sama ada kerajaan bercadang untuk mewajibkan peranan arboris bertauliah dalam sebarang pembangunan, Nga berkata, bagi setiap projek yang dijalankan ia dikawal selia ketat dengan keselamatan juga keselesaan penduduk sentiasa menjadi keutamaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast