Foto arkib MalaysiaGazette

ANKARA – Sekurang-kurangnya 35,386 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt tahun lepas, kata Kementerian Kesihatan di wilayah yang terkepung itu pada Sabtu.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata 79,366 orang lagi cedera dalam serangan kejam tentera rejim, lapor Agensi Anadolu.

“Serangan Israel membunuh 83 orang dan mencederakan 105 yang lain dalam tempoh 24 jam yang lepas.

“Ramai lagi penduduk masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan dan di jalan raya kerana pasukan penyelamat tidak dapat mencapai mereka,” menurut kenyataan itu.

Menurut PBB, sebahagian besar infrastruktur di wilayah terkepung itu rosak atau musnah lebih tujuh bulan sejak konflik tercetus menyebabkan 85 peratus penduduk di wilayah itu hilang tempat tinggal di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan. – BERNAMA-ANADOLU

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast