KUALA LUMPUR – Gerakan akan mengadakan sambutan hari ulang tahun ke-56 parti itu pada Sabtu ini bagi mengumpul seluruh anggota parti semua peringkat bagi mengeratkan hubungan antara mereka.
Naib Presiden Parti Gerakan, Chek Kwong Weng pada sidang media di sini berkata, majlis sambutan akan bermula pada pukul 7 malam di Ibu Pejabat Parti Gerakan.
“Ini merupakan program kali pertama yang diadakan selepas berlangsungnya pemilihan parti sebelum ini.
“Kita kumpulkan mereka kerana maklumlah mungkin pada masa itu (pemilihan) timbul isu-isu tertentu dan ini yang kita nak satukan semula,” tambahnya.- MalaysiaGazette