Perutusan Negara Perdana Menteri

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual akan menyampaikan Perutusan Negara pukul 9.00 malam ini.

Menurut Perdana Menteri, perutusan yang akan disiarkan di semua saluran media tempatan menyentuh pelbagai isu.

“Saya akan menyampaikan Perutusan Negara secara langsung di semua saluran media tempatan pada jam 9.00 malam ini.

“Ruang ini akan saya manfaatkan untuk menerang serta mencerahkan mengenai pelbagai isu dalam dan juga luar negara. Mohon rakan-rakan ikut serta, insya-Allah,” katanya dalam kenyataan.-MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast