Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menyampaikan bantuan kepada pelajar sekolah pada program penyampaian Bantuan Kewangan Kepada Pelajar-Pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Parlimen Teluk Intan di Dewan Kuil Sri Vellai Vinayagar, Teluk Intan. Foto ABDULLAH YUSOF, 22 MAY 2024.

TELUK INTAN – Hanya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berani melaksanakan reformasi penyasaran subsidi diesel di Semenanjung Malaysia, kata, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Ketua Whip Parlimen DAP itu berkata, Kerajaan Madani tidak boleh berpura-pura tidak melihat ketirisan yang berlaku di depan mata dan sebagai pemimpin bertanggungjawab tindakan perlu diambil.

“Adalah sangat penting, program sasaran subsidi ini dilakukan untuk memperbetulkan kesilapan pada masa silam dan kita tidak mahu ketirisan sedemikian berulang dengan setiap kerajaan silih berganti hanya bercakap sahaja.

“Tiada seorang pun berani buat dan akhirnya individu bernama Anwar Ibrahim sahaja yang sanggup tampil ke depan melakukan reformasi yang amat penting ini,” katanya.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming bergambar bersama penerima bantuan pada program penyampaian Bantuan Kewangan Kepada Pelajar-Pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Parlimen Teluk Intan di Dewan Kuil Sri Vellai Vinayagar, Teluk Intan. Foto ABDULLAH YUSOF, 22 MAY 2024.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada program Penyerahan Bantuan Kepada Pelajar-Pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Parlimen Teluk Intan, di Dewan Kuil Sri Vellai Vinayagar, di sini, pada Rabu.

Mengulas lanjut Kor Ming berkata, setiap tahun kerajaan membelanjakan hampir RM80 bilion bagi tujuan subsidi pukal meliputi bahan api RON 95, diesel, gas petroleum cecair (LPG) dan elektrik, namun ia turut dinikmati oleh 3.8 juta pekerja dan warga asing yang tidak membayar cukai.

Ujar beliau, selain itu, lebih tiga juta bahan bakar bersubsidi diseludup ke luar negara oleh sindiket setiap hari dan akibatnya kerajaan terpaksa menanggung kerugian berjumlah RM2 bilion setahun.

“RM2 bilion ini bersamaan dengan dua tahun belanjawan negeri Perak dan ia masuk ke dalam ‘longkang’, dalam poket sindiket dan jika tidak buat subsidi bersasar ketirisan ini akan berlaku malah semakin hari semakin serius.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming pada sidang media program penyampaian Bantuan Kewangan Kepada Pelajar-Pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Parlimen Teluk Intan di Dewan Kuil Sri Vellai Vinayagar, Teluk Intan. Foto ABDULLAH YUSOF, 22 MAY 2024.

“Sebagai pemimpin yang penuh tanggungjawab kami Kerajaan Madani memilih mengambil tanggungjawab untuk menjamin kelangsungan masa hadapan negara serta membela nasib anak-anak kita.

“Oleh itu, amatlah penting reformasi ini dapat didokong dan disokong oleh sekalian rakyat kerana kita dapat menjimatkan RM4 bilion setahun untuk membantu anda,” katanya.

Anwar semalam mengumumkan kerajaan bersetuju melaksanakan penyasaran subsidi ke atas bahan api diesel yang hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.

Beliau berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.

Menurutnya, bagi membendung kenaikan mendadak harga barang dan perkhidmatan, kerajaan akan terus menyediakan subsidi diesel kepada peniaga yang menggunakan kenderaan komersial bermotor diesel. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Haaa..masa Najib10 tahun lalu nak perkenalkan subsidi bersasar…ko DAP dan Rapizi bukan main melalak lagi yer…kau hasut rakyat dan tabur fitnah Najib zalim bagai..sekarang ni ko menjilat ludah sendiri yer..

  2. Kalau dah gomen skang concern sgt psl subsidi yg pendatang asing guna, buat la sesuatu psl pndtg asing, bukan hukum rakyat sendiri.
    Gomen yg bawak diorg masuk, gomen yg gagal kawal bilangan mereka, gomen juga gagal kutip cukai dr mereka tp rakyat Malaysia pula ditarik subsidi..

Comments are closed.