Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook bercakap pada Sidang Media bagi memantau perkembangan projek menaik taraf fasiliti dan perkhidmatan laluan monorel di Wisma Monorail, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 23 MEI 2024

KUALA LUMPUR – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan memperuntuk RM50 juta bagi menaik taraf kemudahan perkhidmatan di stesen monorel di ibu kota.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata kemudahan yang akan dinaik taraf adalah lif, pintu di antara platform dengan tren, tandas awam dan kamera litar tertutup (CCTV) yang dlilengkapi video analitik.

“CCTV yang baharu berkenaan penting untuk perkhidmatan rel sebab kita tahu bahawa juga berlaku insiden-insiden yang tidak diingini berlaku dalam stesen.

“Sistem berkenaan amat penting dan kita sedang naik taraf sistem kita dalam pelbagai laluan monorel berkenaan antaranya yang telah pun dikenal pasti akan kita mulakan pada September tahun ini supaya ia dapat dinaik taraf,” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja di Wisma Monorel hari ini.

Mengulas lanjut mengenai kemudahan lif, Anthony berkata, ada 21 lif di kesemua 11 stesen berkenaan dan hanya tiga lif sahaja yang beroperasi ketika ini manakala baki 18 lif lagi tidak beroperasi.

Katanya, tindakan telah diambil dan kontrak pembaikan lif berkenaan telah pun diserahkan kepada syarikat yang terbabit.

“Untuk lif di tiga stesen iaitu Stesen Imbi, Hang Tuah Dan Tun Sambathan lif itu akan dapat dibaiki menjelang bulan Oktober akan datang.

“Empat stesen lagi bagi laluan Raja Chulan, Bukit Nanas, Medan Tuanku dan KL Sentral menjelang Januari 2025 dan tiga lagi stesen iaitu Chow Kit, Titiwangsa dan Maharajela menjelang April 2025,” katanya.

Katanya, kesemua 11 lif berkenaan perlu diperbaiki dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Tambah beliau, bagi fasa kedua proses naik taraf berkenaan untuk 7 lagi stesen akan siap menjelang bulan Disember tahun ini.

“Jadi ini ialah untuk kita menyiapkan platform automatic gate system charge dan palang atau pun pintu itu akan ditutup secara automatik apabila tren berkenaan bergerak.

“Selepas tren meninggalkan stesen ia akan ditutup secara automatik dan dibuka semasa tren tiba. Sekarang ini memang pintu berkenaan tidak berfungsi dan sentiasa terbuka sahaja.

“Jadi memang ada risiko yang tinggi serta memang pernah berlaku beberapa insiden di mana ada penumpang terjatuh di atas landasan tren berkenaan,” katanya.

Bagi fasa kedua proses naik taraf berkenaan untuk 7 lagi stesen akan siap menjelang bulan Disember tahun ini.

“Jadi ini ialah untuk kita menyiapkan platform automatic gate system charge dan palang atau pun pintu itu akan ditutup secara automatik apabila tren berkenaan bergerak.

“Selepas tren meninggalkan stesen ia akan ditutup secara automatik dan dibuka semasa tren tiba.

“Sekarang ini memang pintu berkenaan tidak berfungsi dan sentiasa terbuka sahaja. Jadi memang ada risiko yang tinggi serta memang pernah berlaku beberapa insiden di mana ada penumpang terjatuh di atas landasan tren,” katanya. – MalaysiaGazette