Anggota JIM Johor memeriksa dokumen warga asing dalam operasi yang dilakukan di kilang komponen plastik di Senai, Johor baru-baru ini.

JOHOR BAHRU – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan 106 warga asing ditahan dalam serbuan Ops Bersama di kilang komponen plastik di Senai pada Rabu lalu.

Menurut JIM Johor, tindakan penguatkuasaan diambil berdasarkan maklumat orang awam mengenai kewujudan warga asing yang bekerja tanpa permit sah di premis berkenaan.

“Dalam operasi itu seramai 249 orang warga asing dan tempatan telah diperiksa,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya, warga asing itu ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tinggal lebih masa. – MalaysiaGazette