Konsert Ziana Zain 2024 berlangsung di di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR –  Konsert Ziana Zain 2024 yang berlangsung malam tadi adalah salah satu berita penting  bukan sahaja dalam karier diva seni suara tersebut tapi juga buat industri hiburan tanahair.

Sesudah 22 tahun tidak melaksanakan sebuah konsert solo, Ziana disambut dengan meriah dan penuh apresiasi oleh kira-kira 5, 000 peminat yang rata-rata merupakan peminat tegar
penyanyi berusia 56 tahun tersebut.

Rindu merupakan sebuah understatement untuk menyaksikan penyanyi dengan lontaran vokal hebat ini kembali di pentas dalam skala konsert solo.

Ziana Zain masih unggul di usia 56 tahun.

Ini boleh disaksikan dengan nyanyian karaoke berantai mereka untuk setiap lagu malah juga penampilan mereka muncul di konsert yang dipersembahkan oleh CSA Academy selaku penaja utama ini.

Konsert itu juga merupakan anjuran Anuar Zain Network Sdn Bhd dan Ziana Zain Network Sdn Bhd dengan kerjasama Altus ProHouse.

Penghibur yang mendapat gelaran diva pop itu kali terakhir mengadakan konsert solo menerusi Ziana Zain In The Park yang diadakan di PWTC (kini World Trade Centre) Kuala Lumpur pada tahun 2001.

“Saya sangat terharu dan sangat berterima kasih dengan kehadiran para peminat yang telah menjadi tulang belakang dalam kerjaya saya selama ini.

“Juga kepada pihak media yang sentiasa membantu saya dalam perjalanan karier dan tidak putus-putus membantu mempromosikan konsert ini,” ujar Ziana yang merupakan ibu tunggal kepada empat anak.

Lebih 5,000 penonton hadir ke konsert Ziana Zain.

Selaku pihak penganjur, Anuar Zain bagi pihak Anuar Zain Network Sdn Bhd juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Komunikasi melalui MyCrea5ve Ventures diatas sokongan kerajaan yang berterusan kepada pembangunan industri kreatif melalui Dana Kandungan Digital Persembahan Muzik bagi menjayakan konsert itu.

Bersama nama-nama hebat dalam industri yang mengembleng tenaga, kreativit dan antusias dalam konsert ini, pentas meriah ini menyaksikan Aubrey Suwito bertindak sebagai Pengarah Muzik serta pemain piano manakala Jennifer Thompson sebagai pengarah konsert.

Konsert itu juga menyaksikan gandingan hebat pemuzik-pemuzik tanah air seperti Nan Alias (gitar), Wan Gigi (gitar), Gideon (bass), Derrick Siow (dram), Firdaus (keyboard), Steve Thornton (perkusi) serta Mariam, Fazira dan Affan sebagai penyanyi latar.

Konsert itu ditambah dengan kemeriahan dan kekayaan bunyi dengan kehadiran barisan pemain violin iaitu Brian Larson, Ergys Koni, Mabel Wong, Melanie Ooi, Jacqueline Tan dan Joey Young.

Juga diserikan dengan kehadiran Toko Inomoto (viola), Jonathan Oh (Cello) serta Zachary Suwito selaku protools operator.

Dalam durasi dua jam lebih, para penonton larut apabula disajikan dengan lagu-lagu seperti Madah Berhelah, Putus Terpaksa, Berpisah Jua,, Dingin, Kekal Dan Puncak Kasih. – MalaysiaGazette

Ziana Zain.