Nabil berjaya meraih gelaran naib juara Mentor musim pertama.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Nabil Zamanhuri yang juga naib juara program realiti, Mentor musim pertama dilaporkan meninggal dunia di Hospital Ampang pagi tadi.

Berita pemergian Nabil atau nama lengkap, Nabil Zafril Zamanhuri disahkan oleh bapanya, Zamanhuri Amarudin dan rakannya yang dikenali sebagai Mickey Sharom kepada media.

Bagaimanapun, Zamanhuri tidak dapat memberikan maklumat lanjut mengenai masa dan punca kematian kerana masih di balai polis untuk membuat laporan.

Allahyarham berusia 37 tahun.

Nabil Mentor.

Nabil yang juga anak didik kepada Datuk Nora Ariffin menerusi Mentor musim pertama berjaya meraih gelaran naib juara.

Antara lagu popular yang pernah dinyanyikan seperti Kenangan Lama, Hati Ini, Selangkah dan Beku.

Selain menyanyi, beliau dahulunya bergiat aktif dalam lakonan filem dan drama seperti Terbaik dari Langit, Aladdin, Ijab Kabut, BoBoiBoy Movie 2 dan Kamelia Katrina.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Adelia Citra Hapsari dan dua cahaya mata perempuan. – MalaysiaGazette