Samenta meminta rasionalisasi RON95 tidak dibuat secara mendadak. Gambar hiasan
KUALA LUMPUR – Jemaah Menteri dilaporkan belum membuat keputusan berkenaan tarikh untuk melaksanakan penyasaran subsidi untuk minyak RON95.

Sinchew Daily melaporkan, walaupun kerajaan masih meneliti perkara itu, tetapi yang pasti adalah subsidi minyak RON95 akan dimasukkan ke dalam akaun pengguna yang layak berdasarkan maklumat Pangkalan Data Utama atau PADU.

Apabila rasionalisasi subsidi dilaksanakan, maka harga semua bahan api yang dijual di stesen minyak akan diapungkan mengikut harga pasaran.

Rakyat tidak perlu menunjukkan kad pengenalan atau kad minyak semasa mengisi bahan api, tetapi akan menerima sejumlah subsidi dalam akaun secara bulanan.

Sumber berkata, dianggarkan sebanyak 80 peratus pengguna iaitu golongan B40 dan M40 akan terus menikmati subsidi minyak, tetapi T20 tidak lagi menerima manfaat tersebut.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju melaksanakan penyasaran subsidi ke atas diesel, tetapi hanya melibatkan pengguna di Semenanjung.

Keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan harian.

Sementara itu, Jemaah Menteri dilaporkan memandang serius kes serangan ke atas anggota polis, pencerobohan istana dan ancaman terhadap wakil rakyat yang berlaku.

Sumber berkata, kerajaan mungkin akan membenarkan pihak berkuasa menggunakan undang-undang yang menyasarkan pengganas untuk melakukan penguatkuasaan.

Katanya, undang-undang itu termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) yang membenarkan penahanan tanpa bicara.

“Keadaan semasa adalah terkawal, tetapi pihak berkuasa telah meningkatkan tahap pengawasan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Kenapa susah sangatkah untuk menguatkuasa penggunaan kad pengenalan bagi membezakan antara warga negara dgn pendatang asing untuk menikmati barangan subsidi kerajaan. Atau ada kepentingan peribadi. Sekarang sudah 2024, tak kan IQ pemikiran masih ditahap gorila.

  2. subsidi berbillion ,patut di bagi pd rakyat.yg miskin ,tarik balik semua subsidi.bagi duit shj pd rakyat yg berkeluarga dan bujang.duit dapor RM 3000.sebulan

Comments are closed.