Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi pegawai penjara ketika hadir ke mahkamah bagi sambung perbicaraan kes pengubahan wang haram membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto SYADILA AMARI, 28 MEI 2024.

KUALA LUMPUR – Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berang dengan jawapan ‘acuh tidak acuh’ saksi pendakwaan kes penyewelengan dana 1Malaysia Developement Berhad (1MDB).

Muhammad Shafee yang merupakan peguam utama pembelaan berasa terkejut dengan keterangan diberikan Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nur Aida Arifin yang disifatkan seperti berada di kedai kopi.

Bagaimanapun saksi-ke 49 itu menafikan dakwaan tersebut, sebaliknya menyatakan ia berdasarkan siasatan suruhanjaya tersebut.

Nur Aida merupakan salah seorang pegawai penyiasat yang ditugaskan menyiasat kes penyelewengan 1MDB banyak memberi jawapan ‘tidak pasti’, ‘tidak tahu’ dan perlu masa untuk menyemak dokumen bagi memastikan kesahihan jawapan ketika di soal balas.

Keadaan bertukar menjadi tegang apabila Muhammad Shafee bertanyakan tentang bukti yang diperolehi SPRM bahawa Datuk Seri Najib Razak terlibat dalam cuba menghentikan siasatan skandal kewangan 1MDB.

Nur Aida tidak bersetuju dengan cadangan peguam tersebut bahawa bekas Perdana Menteri itu tidak memberi apa-apa arahan untuk menghalang siasatan 1MDB.

Nur Aida berkata, walaupun SPRM tidak mempunyai bukti sahih berkaitan penglibatan Najib dalam siasatan 1MDB namun terdapat penemuan nota percakapan yang didakwa dibuat Low Taek Jho atau dikenali dengan pangilan Jho Low.

Nota yang dirampas SPRM daripada bekas pegawai Najib, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin yang dianggap sebagai bukti penting, katanya.

Nur Aida berkata, ini kerana setiap apa yang telah ditulis dalam nota oleh ahli perniagaan dalam buruan itu seperti pertukaran Ketua Pesuruhjaya SPRM, membuat tangkapan pegawai SPRM selain tindakan bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali akan menutup kes walaupun SPRM mengesyorkan tindakan lanjut.

Perkara itu juga telah disahkan oleh Amhari ketika siasatan, ujarnya.

Pada 1 Ogos 2016, Tan Sri Dzulkifli Ahmad menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Najib berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah sama.

Nur Aida: Ketika siasatan, Amhari sendiri beritahu kita dokumen itu telah disediakan oleh Jho Low atas arahan Najib. Semua yang ditulis dalam nota sememangnya berlaku.

Shafee: Tapi itu adalah andaian kamu. Bukan bukti sahih memang Najib yang suruh lakukan.

Nur Aida: Ada banyak tindakan yang berlaku selepas itu termasuklah pertukaran KP dan sebagainya. Semuanya berlaku.

Shafee: Adakah anda tahu tahu akaun Amhari telah dibekukan oleh SPRM? Dana itu adalah suapan daripada Jho Low kepada Amhari?

Nur Aida: Saya tidak siasat perkara itu.

Shafee: Jadi anda tidak siasat karektor seperti Amhari ini? Sebaliknya anda terima sahaja keterangannya?

Nur Aida: Saya hanya menyiasat Amhari. Yang berkaitan akaun itu tugas AMLA.

Prosiding bersambung esok di hadapan Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Menurut SPRM, Amhari ni ialah maksum. Tidak mungkin Amhari berbohong dan tak perlu siasat Amhari ni. Haaa…pegawai SPRM buat lawak bodoh

Comments are closed.