KUALA LUPUR – Sehingga April 2024, hanya terdapat satu pengimportan masuk produk rempah berjenama Everest Fish Curry Masala dan tiada pengimportan masuk produk rempah berjenama MDH Curry Powder ke Malaysia, kata Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kenyataan ini dikeluarkan susukan gesaan supaya menghentikan penjualan dua jenama rempah dari India kerana dipercayai mengandungi ethylene oxide.
Menurutnya, penemuan itu melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) sentiasa menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan di pintu masuk di seluruh negara.
Ethylene oxide sering digunakan untuk membunuh serangga perosak dan turut digunakan dalam rempah untuk mengawal cemaran mikrobiologi yang berpunca dari bakteria, virus dan kulat.
Selain itu, ia juga digunakan sebagai bahan aktif dalam bahan pencuci.
Pada masa kini, penggunaannya dalam makanan dan juga bahan bersentuhan makanan adalah tidak dibenarkan disebabkan ethylene oxide bersifat karsinogenik.
Oleh itu, KKM berkata, mana-mana peniaga termasuk peniaga dalam talian yang mempunyai stok produk tersebut diarahkan untuk menghentikan penjualan produk berkaitan dan semua platform e-dagang dan media sosial diminta untuk menghentikan penyiaran iklan makanan tersebut serta merta.
Pada masa ini, KKM melaksanakan pemantauan kandungan aflatoksin, logam berat dan residu racun perosak di dalam produk rempah di semua pintu masuk negara.
Hasil pemantauan dari 2019 sehingga April 2024 mendipite 43 sampel yang diambil mematuhi keperluan perundangan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985. – MalaysiaGazette