Pesawah didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang hari ini atas 10 pertuduhan rogol, liwat remaja perempuan berusia 15 tahun.

BUTTERWORTH – Seorang pesawah mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dan merogol remaja perempuan berusia 15 tahun yang merupakan anak jirannya pada bulan ini.

Tertuduh berusia 28 tahun membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim, Zulhazmi Abdullah.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan kesalahan itu di dalam bilik di sebuah rumah di Lahar Tiang, Kepala Batas jam 1 hingga 1.30 pagi antara 3 hingga 12 Mei lalu.

Bagi kesalahan rogol, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Tertuduh tidak mengaku bersalah.

Kesalahan liwat pula, dia didakwa mengikut Seksyen 377(c) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun dan sebatan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Kes akan disebut semula 27 Jun depan bagi serahan dokumen dan laporan perubatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast