Pelajar IPTA antara enam wanita diheret ke mahkamah Majistret Kuala Lumpur pagi hari ini menghadapi pertuduhan memiliki video intim berkaitan lelaki bernama Hot Daddy yang menjual rakaman hubungan intimnya dengan beberapa wanita di media sosial.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen, di sini, menetapkan 2 Julai depan sebagai tarikh sebutan kes terhadap Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32 atau Hot Daddy serta dua kekasihnya Norhidayah Mahadi, 24, dan Norshazrina Md Zamri, 27 yang dituduh membuat pengiklanan khidmat persundalan.

Hakim Datin Fadzlin Suraya Mohd. Suah menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Timbalan Pendakwa Raya, Nidzuwan Abd. Latif memaklumkan terdapat beberapa lagi dokumen berkaitan kes yang belum diserahkan, antaranya laporan forensik.

“Pada hari ini pihak pendakwaan bersedia untuk menyerahkan dokumen dan pohon untuk satu tarikh lagi bagi memastikan dokumen yang ada.

“Sebagai contoh saya boleh berikan umum laporan forensik memerlukan sedikit masa untuk disiapkan,” kata Nidzuwan.

Peguam Shah Rizal Abdul Manan yang mewakili ketiga-tiga tertuduh tidak membantah sekiranya mahkamah menetapkan tarikh lain bagi sebutan kes, seterusnya berkaitan penyerahan dokumen kes.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh iaitu Hasli Ikhwan Arif, Norshazrina Md dan Norhidayah didakwa bersama-sama membuat pengiklanan khidmat persundalannya menggunakan aplikasi X yang mana orang yang munasabah akan memahaminya sebagai khidmat persundalan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Bukit Aman, di sini, pada pukul 10.10 pagi 16 Januari lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan dan dibaca di bawah Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan dengan sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Sebelum ini ketiga-tiga tertuduh, masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Sebelum ini, seorang lelaki dikesan menjalankan aktiviti menjual rakaman video seksnya dengan lebih 20 wanita pelbagai bangsa menerusi laman sosial ditahan di Janda Baik, Pahang.

Suspek ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), JSJ Bukit Aman di sebuah rumah di Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang, pada jam 2.30 petang 17 Januari lalu.

Dalam serbuan sama, polis menahan dua teman wanitanya di rumah yang turut didiami oleh bapa lelaki terbabit. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast