Pemandu Grab yang juga seorang OKU, Ong Ing Keong diiringi peguamnya hadir bagi memberi kenyataan berhubung dakwaan dipukul pegawai pengiring di IPD Brickfields, Kuala Lumpur. Foto AIZAR ZAINAL, 01 JUN 2024.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang didakwa diserang pengiring kepada orang kenamaan telah diambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields hampir tiga jam sejak pukul 12 tengah hari tadi.

Mangsa yang juga pemandu e-hailing, Ong Ing Keong, 46, bagaimanapun beredar dari IPD Brickfields kira-kira pukul 2.40 petang tadi.

Terdahulu, In Keong hadir bersama seorang lelaki yang membantunya ketika insiden itu dengan menaiki sebuah kenderaan Toyota Vios berwarna perak kira-kira pukul 11.50 pagi.

Kehadirannya diiringi beberapa individu dari pejabat Lawyer for Liberty (LFL) termasuk Latheefa Koya, N. Surendran dan seorang jurubahasa.

Pemandu Grab yang juga seorang OKU, Ong Ing Keong diiringi peguamnya hadir bagi memberi kenyataan berhubung dakwaan dipukul pegawai pengiring di IPD Brickfields, Kuala Lumpur. Foto AIZAR ZAINAL, 01 JUN 2024.

Sebelum ini, media melaporkan lelaki kurang upaya bisu dan pekak didakwa dipukul seorang pengawal pengiring kepada orang kenamaan di sebuah hotel dekat KL Sentral pada 28 Mei lalu.

Mangsa didakwa dipukul ketika berada di lobi hotel berkenaan selepas menerima tempahan untuk mengambil empat penumpang di hotel berkenaan pukul 11.40 pagi. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

PDRM panggil anggota terlibat insiden pukul pemandu e-hailing OKU – KPN

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast