Relatives and supporters of Israelis held hostage by Palestinian Hamas militants in Gaza since the October 7 attacks, demonstrate to call for their release in Tel Aviv on June 1, 2024. (Photo by AHMAD GHARABLI / AFP)

TEL AVIV – Demonstrasi terbesar anti Presiden Israel, Benjamin Netanyahu dan kerajaan yang dipimpinnya berlangsung di ibu negara Israel pada Sabtu mendesak supaya diadakan pilihan raya awal.

Penganjur protes mendakwa bahawa lebih 120,000 penunjuk perasaan telah berkumpul di Tel Aviv mendesak kerajaan meneruskan perjanjian untuk membebaskan tebusan yang kini berada dalam tahanan Hamas.

Menurut The Times of Israel, protes sama berlaku di banyak lokasi lain di seluruh negara.

Turut hadir dan menyampaikan ucapan penuh semangat pada demontrasi yang berlansung di Begin Street di Tel Aviv ialah Einav Zangauker, ibu kepada tebusan Matan Zangauker.

Di samping keluarga tebusan lain, dia memberi amaran terhadap kemungkinan Netanyahu menghalang perjanjian pembebasan tebusan yang dicadangkan, berikutan pendedahan daripada Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden.

Protes juga berlangsung di persimpangan Jalan Begin dan Jalan Kaplan, yang digelar Dataran Demokrasi yang diadakan pada setiap malam Sabtu.

Bendera kuning, simbolik tebusan yang ditahan oleh Hamas di Gaza, dikibarkan dengan jelas.

Walaupun tumpuan asalnya pada cuti Hari Baitulmaqdis yang akan datang, perarakan itu mengambil makna baharu di tengah-tengah rundingan berterusan untuk perjanjian yang berpotensi.

Bagaimanapun, Forum Tebusan dan Keluarga Hilang cawangan Baitulmaqdis menjauhkan diri daripada acara itu, beberapa saudara tebusan mengambil alih demonstrasi tersebut.

Sementara itu, kenyataan bersama Qatar, Amerika Syarikat dan Mesir menggesa Israel dan Hamas menerima cadangan gencatan senjata dan perjanjian pembebasan tebusan yang digariskan oleh Biden.

“Qatar, Amerika Syarikat dan Mesir bersama-sama menyeru Hamas dan Israel untuk memuktamadkan perjanjian yang merangkumi prinsip yang digariskan oleh Presiden Biden pada 31 Mei 2024,” kata kenyataan itu.

“Prinsip-prinsip ini membawa tuntutan semua pihak bersama-sama dalam perjanjian yang memenuhi pelbagai kepentingan dan akan membawa kelegaan segera kepada kedua-dua penduduk Gaza yang telah lama menderita dan tebusan yang telah lama menderita serta keluarga mereka.

“Perjanjian ini menawarkan peta jalan untuk gencatan senjata kekal dan menamatkan krisis,” kata kenyataan itu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast