KUALA LUMPUR – Satu gempa bumi lemah berukuran 3.3 pada skala Richter dikesan 50 kilometer (km) dari Semporna, Sabah pada 2.49 petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memalumkan pusat gempa itu terletak di kedudukan 4.4 darjah utara dan 118.9 darjah timur dengan kedalaman 10km.
Kenyataan itu memaklumkan gempa bumi tersebut tidak memberi ancaman tsunami kepada Malaysia. – Bernama