KUALA LUMPUR – Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu, di Kampung Tajin Hulu Terengganu yang terbakar pada 12 Mei lalu terbakar lagi pagi tadi,
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu berkata, pihaknya menerima satu panggilan kecemasan pada jam 1.57 pagi yang memaklumkan kebakaran di bilik asrama.
Seramai sembilan orang anggota bomba dari Kuala Berang telah digegaskan ke lokasi kejadian bersama sebuah unit jentera LFRT dan sebuah unit jentera tangki air.
Menurut laporan Komander Operasi, Zulhisham Mohamad Yusop, kebakaran tersebut melibatkan sebuah bilik asrama di tingkat 4 yang berkeluasan 15 x 15 kaki persegi telah musnah 80 peratus.
Difahamkan kejadian ini berlaku di blok yang sama.
Bagimanapun, tiada mangsa yang dilaporkan terlibat. – MalaysiaGazette