KUANTAN – Seorang anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang berkhidmat di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, atas empat pertuduhan menerima suapan.
Tertuduh, Solehuddin Isa,37, mengangguk faham terhadap semua pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail.
Menurut fakta pertuduhan, beliau didakwa menerima suapan sebanyak RM400, RM2,000, RM300 dan RM500 sebagai dorongan tidak melakukan sesuatu perbuatan berhubung hal ehwal prinsipal tugasannya dengan tidak melakukan pemeriksaan lori yang keluar dari kargo KLIA.
Kesemua kesalahan dilakukan di Maybank Berhad Cawangan Temerloh dengan melakukan pemindahan akaun secara dalam talian antara 31 Julai 2018 hingga 11 September 2022.
Solehuddin didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 17a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2000 [Akta 694] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) Akta yang sama
Seksyen 24 Akta SPRM 2009 memperuntukkan mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen 16, 17, 20, 21, 22 dan 23 hendaklah apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi perkara kesalahan itu, jika suapan itu boleh dinilai atau bersifat kewangan, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Akram Gharib memohon agar mahkamah menetapkan RM10,000 sebagai wang jaminan beserta tiga syarat tambahan dalam hujahnya.
”Pihak pendakwaan memohon syarat tambahan dikenakan kepada tertuduh dengan menyerahkan paspot antarabangsa atau paspot lain yang ada disimpan di mahkamah, kedua tertuduh dengan melaporkan diri ke Pejabat SPRM Putrajaya sebulan sekali atau tempoh kira mana sesuai
Katanya, selain itu tertuduh juga tidak ganggu saksi dan ejen pendakwaan serta tidak diberikan sebarang akses maklumat berkaitan kes itu.
Bagaimanapun, Peguambela Mohd Faiz Omar dan Mohd Nazri Yahaya memohon mahkamah mengurangkan jaminan kepada RM3,000 beserta seorang penjamin dengan mengambil kira tertuduh mempunyai seorang isteri yang bekerja dan enam orang anak berusia tiga bulan hingga 10 tahun.
”Isteri orang kena tuduh (OKT) juga seorang anggota Kastam dan berpendapatan dan gred yang sama dengan tertuduh, dengan gaji yang sama. Gaji tertuduh tidak besar Yang Arif, namun mempunyai tanggunggan yang ramai.
Mohd Sabri memutuskan agar mengekalkan wang jaminan sebanyak RM10,000 berserta syarat-syarat tambahan yang dicadangkan pihak pendakwaan.
Hakin itu memutuskan sebutan semula kepada pada 19 Julai ini. – MalaysiaGazette
Video Berkaitan
@malaysiagazette Anggota Kastam KLIA dihadapkan di Mahkamah Seksyen Kuantan mengaku tidak bersalah atas 4 pertuduhan menerima suapan. malaysiagazette KastamMalaysia FaktaKes