Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan artikel kolumnis, Andrew Sia yang mendakwa Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengamalkan sistem ‘apartheid’ diserahkan kepada pejabat Peguam Negara (AGC), semalam.

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya telah selesai merekodkan keterangan daripada Andrew Sia.

“Kita masih menunggu arahan lanjut daripada AGC berkaitan kes itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada Jumaat lalu, Razarudin berkata, pihaknya menerima sebanyak 63 laporan polis behubung penulisan kolumis itu.

Berikutan itu, polis juga merakam keterangan daripada 65 individu bagi membantu siasatan kes tersebut. – MalaysiaGazette