KUALA LUMPUR – Pendakwah selebriti, Ustaz Don Danial Don Biyajid direhatkan daripada program Salam Baitullah siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Perkara berkenaan disahkan, Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman menerusi ciapan di aplikasi X.
“Untuk meredakan keadaan, I have asked the team to (saya minta pasukan untuk) ‘rehatkan’ dulu Ust (Ustaz) Don from Salam Baitullah. Don’t ask me about what I think or feel. Numbed,” tulisnya.
Baru-baru ini timbul dakwaan pendakwah itu menyampaikan ceramah menggunakan hadis-hadis palsu sehingga menimbulkan kekeliruan dan perdebatan banyak pihak.
Koleksi rakaman video ceramahnya bertajuk ‘Kompilasi hadis palsu dan pendustaan Don Daniyal’ tersebar di media sosial.
Susulan itu, bekas pelakon Wardina Safiyyah menerusi Facebook meminta mufti dan para ulama menilai ceramah yang disampaikan ustaz Don.
Don Daniyal kemudian meminta pihak yang menuduhnya supaya menyelidik terlebih dahulu dakwaan sebelum membuat sebarang tuduhan. – MalaysiaGazette