Puluhan khemah pendaki di kem pangkalan Everest di wilayah Gunung Everest di daerah Solukhumbu pada 18 April 2024. Foto AFP

NEPAL – Tentera Nepal mengeluarkan 11 tan sampah, empat mayat dan satu rangka dari Gunung Everest dan dua lagi puncak Himalaya tahun ini.

Pasukan itu mengambil masa 55 hari untuk memungut sampah dan mayat dari Gunung Everest, Nuptse dan Lhotse.

Dianggarkan lebih daripada 50 tan sisa dan lebih daripada 200 mayat berada di Gunung Everest.

Tentera mula menjalankan pembersihan tahunan digunung itu, yang sering digambarkan sebagai tempat pembuangan sampah tertinggi di dunia.

Anggota tentera mula menjalankan pembersihan tahunan di gunung itu, yang sering digambarkan sebagai tempat pembuangan sampah tertinggi di dunia, pada 2019 semasa kebimbangan mengenai kesesakan dan pendaki beratur dalam keadaan berbahaya untuk sampai ke puncak.

Tahun ini, pihak berkuasa mensasarkan untuk mengurangkan sampah dan meningkatkan penyelamatan dengan peraturan pendaki perlu memakai alat pengesan dan membawa balik najis mereka sendiri.

Pada masa hadapan, kerajaan merancang untuk mewujudkan pasukan renjer gunung untuk memantau sampah dan meletakkan lebih banyak wang untuk kutipannya, kata Pengarah Pendaki Gunung Jabatan Pelancongan Nepal Rakesh Gurung.

Bagi musim pendakian musim bunga yang berakhir pada Mei, kerajaan mengeluarkan permit kepada 421 pendaki, turun daripada 478 pendaki yang pecah rekod tahun lepas.

Angka tersebut tidak termasuk pemandu Nepal.

Secara keseluruhan, dianggarkan 600 orang mendaki gunung itu tahun ini dan lapan pendaki mati atau hilang, berbanding 19 tahun lalu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast