Ahli keluarga kepada ibu dan bapa Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin membawa bunting di hadapan Kompleks Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 07 JUN 2024.

PETALING JAYA – Kompleks Mahkamah Majistret kecoh apabila ibu bapa  kanak-kanak lelaki autisme yang maut pada tahun lalu, Zayn Rayyan Abdul Matiin tiba di sini sebentar tadi.

Keluarga kedua-dua pasangan itu menjerit beramai-ramai sebaik sahaja mereka tiba di hadapan mahkamah.

Kedengaran ada yang menjerit “Ini fitnah” dan ”Isma-Zaim strong”.

Malah, kedengaran bapa kepada Zayn Rayyan berkata: “Ini semua fitnah” saya dianiaya, saya tidak bersalah” sebelum memasuki pintu mahkamah.

Di luar perkarangan mahkamah, kelihatan keluarga membawa banting “keadilan untuk Isma Zaim dan Zayn” dan lain-lain lagi.

Terdahulu,  pasangan tersebut memakai baju lokap berwarna oren tiba di Mahkamah Majistret, di sini pada jam 9.30 pagi dengan kawalan ketat anggota polis.

Mereka dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan lanjutan perintah reman selepas tempoh reman sejak Sabtu lalu berakhir hari ini.

Semalam, polis mengesahkan akan menyambung reman kedua ibu bapa kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan bagi meneruskan siasatan.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, pihaknya akan membuat permohonan tersebut hari ini. – MalaysiaGazette

Reman ibu bapa Zayn Rayyan akan disambung

1 Komen

  1. Betul kaa..tak betul kaaa…tunggu lah siasatan polis dan mahkamah…yg korang histeria dah kenapa?? Jgnlah ganggu siasatan polis…

Comments are closed.