KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan akan menyambung reman kedua ibu bapa kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi meneruskan siasatan.
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, pihaknya akan membuat permohonan tersebut selepas tempoh reman tamat esok.
Namun belum ada apa-apa perkembangan kes berkaitan mengapakah polis menyambung reman pasangan itu.
Sebelum ini, peguam mewakili pasangan itu, Fahmi Abd Moin kepada MalaysiaGazette, beliau tidak pasti sama ada anak guamnya akan disambung reman atau sebaliknya esok.
Fahmi juga sebelum ini mendedahkan beliau tidak dapat bertemu dengan pasangan terbabit yang ketika ini berada dalam tahanan reman.
Artikel berkaitan: Fahmi Moin peguam baharu wakili ibu bapa Zayn Rayyan
Sambung reman ibu bapa Zayn bergantung kepada hasil siasatan – Hussein
Peguam wakili ibu bapa Zayn Rayyan tarik diri
Pengasuh, dua ahli keluarga dipanggil bantu siasatan kes Zayn
Kes bunuh Zayn Rayyan: Beri ruang polis siasat – KPN
Polis sahkan tahan reman ibu bapa Zayn Rayyan
Ibu bapa Zayn direman 7 hari, siasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan
Tiada petunjuk, saya masih ‘berhutang’ dalam kes Zayn – Shuhaily
Alamat IP, DNA tidak bantu kesan suspek bunuh Zayn Rayyan
Kes Zayn: Tiada sesiapa tampil walaupun ada ganjaran
Jumaat lepas, polis menahan ibu bapa kepada Allahyarham Zayn Rayyan di Puncak Alam iaitu rumah keluarga bagi membantu siasatan dan kedua-dua mereka direman tujuh hari di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pada 6 Disember, mayat Zayn Rayyan ditemukan di saliran air kira-kira 200 meter dari rumahnya pada pukul 9 malam selepas hampir 30 jam dilaporkan hilang.
Berdasarkan hasil bedah siasat yang menemui kesan kecederaan pada leher dan badannya. – MalaysiaGazette
















