Keadaan Proton Saga yang terlibat dalam kemalangan Kilometer 7.0 Jalan Kuala Sedili-Sedili Kechil, petang semalam.

KUALA LUMPUR – Seorang peniaga maut selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer 7.0 Jalan Kuala Sedili-Sedili Kechil, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Hussin Zamora berkata, mangsa yang memandu Toyota Avanza parah di bahagian anggota badan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemandu Proton Saga cedera pada anggota badan dan menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi, manakala dua penumpangnya pula hanya mengalami cedera ringan.

Hussin berkata, punca kemalangan masih dalam siasatan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MalaysiaGazette