Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan buah negeri sehingga jam 1 pagi Rabu.

Negeri-negeri yang terlibat adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Batang Padang).

Turut diramal mengalami cuaca serupa adalah beberapa daerah di Terengganu seperti Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.

Cuaca buruk turut diramal berlaku di Cameron Highlands dan Lipis di Pahang; Sri Aman, Sarikei dan Meradong, Sibu, Tanjung Manis dan Daro di Mukah serta Song dan Kapit di Sarawak.

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang juga dijangka melanda Nabawan serta Sandakan, Tongod dan Telupid di Sabah.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan jam 8.45 malam tadi. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast