Barangan plastik cair dan objek lain yang musnahselepa Sekolah Asma yang dikendalikan oleh Agensi Bantuan dan Pekerjaan PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA), di kem Shati di barat Kota Gaza dibedil rejim zionis pada 7 Jun lalu, 2024. Foto AFP)

ISTANBUL – Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Pelarian Palestin (UNRWA) menggesa siasatan terhadap semua pelanggaran kemudahan PBB di Gaza, termasuk serangan ke atas bangunan miliknya.

“Kami menyeru supaya siasatan terhadap semua pelanggaran terhadap PBB, termasuk serangan ke atas bangunan kami,” kata Pengarah Komunikasi UNRWA Juliette Touma kepada The Washington Post.

UNRWA dalam tulisannya di X berkata, kemudahan PBB dilindungi di bawah Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa dan mesti menjadi tempat perlindungan yang selamat untuk orang awam.

Israel meneruskan serangan kejamnya ke atas Gaza sejak serangan Hamas 7 Oktober 2023 walaupun resolusi Majlis Keselamatan PBB menuntut gencatan senjata segera.

Lebih 36,700 rakyat Palestin telah terbunuh di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan lebih 83,500 lagi cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.

Sebuah pesawat Israel menyasarkan sebuah yang dikendalikan PBB di kem pelarian Al-Shati pada hari Jumaat, menurut jurucakap Pertahanan Awam Palestin, Mahmoud Basal.

Ia adalah kejadian kedua dalam dua hari sekolah telah dibedil oleh tentera Israel.

Pada hari Khamis, Israel mengebom sebuah sekolah yang melindungi ribuan orang yang kehilangan tempat tinggal di kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza. – Agensi