Ketua Polis Daerah Klang Utara, S. Vijaya Rao. Foto WAN NABIL NASIR, 14 FEBRUARI 2024.

KUALA LUMPUR – Satu rangka manusia ditemui di tepi laut Kampung Bagan Hailam dekat Tanjung Harapan, Klang semalam.

Rangka itu ditemui pada pukul 2 petang oleh orang awam yang kemudiannya membuat laporan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, Pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor digegaskan ke lokasi kejadian dan mengesahkan penemuan itu.

“Siasatan awal mendapati rangka manusia itu tidak sempurna. Selain itu, tiada dokumen pengenalan diri dijumpai,” katanya dalam kenyataan.

Vijaya Rao berkata, polis meminta mana-mana pihak yang kehilangan ahli keluarga supaya menghubungi Balai Polis Bandar Sultan Suleiman di talian 03-31767622 atau Pegawai Penyiasat Sarjan Kamarul Hadi Che Harun (011-69821395). -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast