PEKAN – Kerajaan mensasarkan semua kerja pelaksanaan projek pembaikan klinik dan fasiliti daif akan siap pada November ini.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, sehingga kini kerja-kerja pembaikan yang telag siapa adalah sebanyak 10.17 peratus telah siap. Status pelaksanaan 80.90 peratus.
“Kita telah menetapkan kepada semua Pengarah Negeri agar projek tahun 2024 perlu disiapakan pada tahun semasa berbanding tahun lepas kerana peruntukan bajet dapat agak lewat pada Februari, tapi untuk tahun ini peruntukan datang awal, semua projek harus disiapkan November hingga Disember ini,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan ke Pejabat Kesihatan Daerah Pekan, di sini, hari ini.
Menurut Lukanisman, sebanyak 85 projek membabitkan perobohan dan pembinaan baharu manakala 318 projek adalah pembaikan serta naik taraf kemudahan kesihatan di seluruh negara.
Kerajaan telah mengagihkan peruntukan sebanyak RM150 juta bagi menjalankan 403 projek tahun ini membabitkan 393 di bawah agensi KKM dan 10 lagi dibawah Jabatan Kerja Raya (JKR).
Daripada jumlah itu sebanyak RM15.5 juta diperuntukkan KKM kepada Pahang bagi kerja pelaksanaan projek pembaikan klinik dan fasiliti daif membabitkan 40 projek menaiktaraf dan menggantikan kemudahan kesihatan di negeri ini.
”Sebanyak 39 projek dilaksanakan di bawah agensi KKM sendiri. Sebanyak 13 projek merupakan roboh dan bina baharu manakala 27 projek lagi melibatkan pembaikan dan naik taraf.
”Sebanyak 10 projek sudah siap sepenuhnya, manakala 75 peratus lagi membabitkan 30 projek sedang dalam fasa pelaksanaan,” katanya. – MalaysiaGazette