Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika Program Johor Youth Meetup By Orang Muda Johor (OMJ) di Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri baru-baru ini. HRH Crown Prince of Johor

KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan diminta mempertimbangkan untuk memberi balik 20 hingga 30 peratus tertentu hasil cukai yang dikutip dari Johor.

Pemangku Sultan Johor,  Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah, pada masa ini Kerajaan Negeri Johor memberikan antara RM48 billion hingga RM49 bilion setahun cukai negeri kepada Kerajaan Persekutuan.

“Tetapi dia (Kerajaan Persekutuan) pulangkan balik kepada kita RM1.4 bilion.

“Macam mana nak jaga rakyat semua dengan RM1.4 bilion? Dengan jalan raya yang tidak begitu bagus, kekurangan hospital, sistem pendidikan.

“Sampai bila nak macam ni, setuju, betul?” titah Tengku Mahkota Johor dalam Program Johor Youth Meetup By Orang Muda Johor (OMJ) di Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri baru-baru ini.

Baginda bertitah, sampai bila Negeri Johor hendak menjadi pengemis.

“Sistem dalam Kerajaan Persekutuan dari dulu sampai sekarang kena berubah.

Because Johore does not belong to Malaysia, we are partners. So you have to start treating us as partners.

“Takkanlah, contoh saya terpaksa bersuara berkenaan dengan hospital. Enam tahun saya bersuara pasal hospital barulah nampak bayang. Hospital Pasir Gudang yang baharu dan Sultan Aminah yang kedua

“Benda tu makan enam tahun untuk saya konsisten menyampaikan kepada Kerajaan Persekutuan,” titah baginda

Dakwa baginda, bajet hendak membetulkan sekolah dari tahun 2021 sampai hari ini tidak siap.

Malah, syarikat-syarikat yang diberikan bukan dari negeri Johor.

“Biarlah Kerajaan Johor jaga kepentingan negeri kerana orang di Putrajaya ataupun orang di luar negeri Johor tak faham sentimen negeri Johor, apa keperluan kita.

“Saya nak tengok yang membangunkan negeri-negeri ni biarlah anak-anak Johor.

Justeru, beliau mencadangkan jika kerja-kerja penyelenggaraan ini dibuat serahkan kepada Kerajaan Negeri Johor untuk memilih mana-mana syarikat

Dengan peruntukan ini, Johor akan dapat berdikari dalam menyelenggara infrastruktur kerajaan negeri dan juga berbelanja mengikut keperluan negeri untuk pendidikan dan penjagaan kesihatan.

“Jika ekonomi negeri Johor terus berkembang, limpahannya akan membantu ekonomi negara,” titah baginda. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast