Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR- Seramai 162 individu ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menerusi operasi selama tiga hari bermula 9 hingga 11 Jun.

Menurut kenyataan AADK, mereka yang diberkas terdiri daripada 128 kaum Melayu, 30 kaum India dan empat kaum Cina.

“Hasil daripada Op Perdana tersebut, seramai 162 Orang Yang Disyaki (OYDS) positif dadah berbahaya manakala lima lagi negatif ujian saringan dan seorang OYDS telah diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia kerana disyaki mengedar dadah berbahaya.

“Pecahan tangkapan OYDS positif mengikut jenis dadah berbahaya ialah 81 orang jenis Opiat, 39 Methamphatamine, tiga Methamphetamine dan Marijuana, 36 Opiat dan Methamphetamine dan satu Opiat, Methamphetamine dan Marijuana,” katanya.

Menurut kenyataan itu, seramai 70 anggota dan pegawai daripada pelbagai jabatan dan agensi terbabit termasuk Angkatan Pertahanan Awam, Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pihak berkuasa tempatan terlibat dalam operasi terbabit.

Jelasnya, Op Perdana yang melibatkan daerah Petaling, Hulu Langat dan Kuala Selangor bertujuan untuk mengesan dan menahan OYDS sebagai penagih dadah dalam komuniti yang melanggar syarat pengawasan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast