Bangunan Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 25 JULAI 2019

KUALA LUMPUR – Keluarga Allahyarham Zayn Rayyan Abdul difahamkan telah mengemukakan bantahan dengan tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang memohon penjagaan adik kepada kanak-kanak autisme itu.

Media dimaklumkan ketika prosiding perintah jagaan sementara kanak-kanak itu di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini.

Bagaimanapun maklumat berkaitan prosiding itu belum dapat diperincikan lagi.

Untuk makluman, adik kepada Zayn Rayyan ditempatkan di Institusi Kebajikan selama dua bulan selepas JKM mendapat perintah jagaan sementara dari Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini.

Perkara itu turut disahkan oleh Pengarah JKM Selangor, Azmir Kassim yang mendedahkan perintah itu dikeluarkan mengikut Seksyen 25(2) Akta Kanak-kanak 2001 sementara menunggu laporan siasatan Orang Yang Layak dan Sesuai lengkap.

Semalam, ibu bapa Zayn Rayyan iaitu Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf memohon dibicarakan atas tuduhan mengabaikan Zayn Rayyan, ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya selepas didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak.

Zayn Rayyan dilaporkan hilang di Damansara Damai pada 5 Dis 2023, sebelum ditemui meninggal dunia keesokannya dekat anak sungai kira-kira 200m dari blok rumahnya.

Hasil bedah siasat menemui kesan kecederaan di leher dan badan mangsa akibat mempertahankan diri. -MalaysiaGazette

ARTIKEL  BERKAITAN:

Adik Zayn Rayyan kini berada bawah jagaan JKM

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here