Foto IG Amy Search.

KUALA LUMPUR – Dua penyanyi rock legenda, Datuk Amy Search dan Ella selamat menunaikan haji tahun ini dan kini bergelar haji dan hajah.

Kedua-dua selebriti itu yang kini berada di Tanah Suci berkongsi kenangan masing-masing selepas selesai menunaikan fasa terakhir dalam rukun haji.

Amy, 65, menyifatkan pemergian ke Tanah Suci adalah hadiah terindah untuk isterinya

“Demi cintaku padamu, ke mana pun kan kau ku bawa, ke hujung dunia ke bintang kejora.

“Wukuf hari teristimewa buat bidadariku. Ini hadiah terindah daripada Allah SWT buat mu Hajah Nor, Hari panggilan yang dinantikan dan lebih istimewa kerana hari wukuf jatuh di hari lahirmu.

“Begitulah aturan Allah SWT. Kita wukuf bersama di hari terindah ini 9 Zulhijjah bersamaan 15 Jun 2024.

“Semoga kita mendapat haji mabrur. Selamat hari lahir hajah Nor Hasniza Hassan. Cinta ku pada mu hingga ke Jannah,” tulisnya dalam satu hantaran di IG.

Ella, 56, pula menunai bersama suaminya, Azhar Ghazali yang mana dia turut berkongsi kenangan terindah itu di media sosialnya.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast