Representatives from SK Telok Gong, Sika Malaysia, and the Yayasan PINTAR bersama Sika Malaysia dalam gotong royong membersihkan sekolah di seluruh negara.

KUALA LUMPUR – Sika Malaysia bekerjasama dengan Yayasan PINTAR, sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan bagi meningkatkan pendidikan untuk pelajar kurang berkemampuan di kawasan luar bandar dan miskin bandar di seluruh Malaysia.

Kedua-dua pihak menjalankan aktiviti gotong-royong yang memberi manfaat kepada sekolah di seluruh negara.

Pengurus Besar Sika Malaysia, Francisco Retondo berkata, Inisiatif itu menunjukkan usaha syarikat untuk meningkatkan penglibatan komuniti, menggalakkan kesedaran alam sekitar dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih selamat dan kondusif untuk pelajar.

Kakitangan Sika Malaysia membersihkan lantai bilik darjah di sebuah sekolah.

“Saya amat berbesar hati melihat semangat dan dedikasi pekerja yang turun padang dan berjaya melaksanakan gotong-royong, memberi impak yang ketara kepada pelajar yang kurang bernasib baik,” katanya dalam satu kenyataan.

Sika Malaysia berharap Kerjasama itu dapat memupuk manfaat jangka panjang dengan Yayasan PINTAR untuk pelajar yang kurang bernasib baik di Malaysia.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Yayasan PINTAR, Norzalina Masom bersyukur atas peluang untuk bekerjasama dengan Sika Malaysia.

“Perkongsian baharu kami adalah bukti komitmen bersama kami untuk membuat perubahan ketara dalam kehidupan masyarakat kurang bernasib baik.

“Bersama-sama, kami bukan sahaja mengumpulkan sumber tetapi juga memperbesarkan impak kami, memastikan persekitaran yang memupuk untuk pertumbuhan pendidikan pelajar yang kurang bernasib baik di seluruh Malaysia,” katanya lagi.

Sekolah-sekolah yang mendapat manfaat termasuk Sekolah Kebangsaan Dato’ Ahmad Manaf di Nilai; Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Bukit Darah di Sungai Buloh, Selangor; Sekolah Kebangsaan Telok Gong di Telok Gong, Selangor; Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Pasir Puteh di Ipoh dan Sekolah Kebangsaan Taman Indahpura 2 di Kulai, Johor.

Sika Malaysia juga telah menyumbangkan kira-kira 3,300 set alat tulis kepada pelajar sebagai cara untuk menyediakan keperluan peralatan asas persekolahan mereka.

Inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Sika Malaysia adalah sebahagian daripada penglibatan komuniti global Sika yang lebih luas dengan tema tahun ini, ‘One Team, Many Voices. Going Beyond Together’ yang disambut pada Hari Sika, diadakan setiap tahun pada 11 Jun.

Inisiatif CSR itu telah mengumpulkan lebih 33,000 pekerja di seluruh dunia untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti, mencapai 10,000 hari penglibatan komuniti di seluruh dunia yang membantu komuniti tempatan dan mencipta faedah yang berkekalan untuk generasi akan datang. – MalaysiaGazette