Penerima anugerah KBEA 2024 berganbar selepas majlis penganugerah yang diadakan di sebuah hotel malam tadi. Gambar: KBEA 2024

KUALA LUMPUR – Seramai 30 golongan usahawan yang terdiri dalam kalangan anak Kelantan menerima anugerah Kelantan Business Entrepreneurship Awards (KBEA) 2024 yang berlangsung malam tadi.

Ia merupakan penganjuran kali ketiga dibuat bagi menyokong dan memberi pengiktirafan kepada golongan usahawan Kelantan yang berjaya dalam bidang masing-masing.

Pengerusi penganjurnya, Shahir Adnan berkata, sebanyak 160 pencalonan diterima namun, hanya 30 sahaja yang layak menerima anjugerah berprestij itu.

“Pada tahun ini pihak penganjur KBEA, Media Home dan pemenang anugerah KBEA 2024 turut berkongsi rezeki bersama lima pertubuhan NGO yang bergerak aktif dalam aktiviti kemasyarakatan di Kelantan.

“KBEA 2024 dianjurkan untuk membantu mengangkat taraf dan imej usahawan dan memajukan lagi perniagaan. Pemilihan penerima anugerah dijalankan melalui saringan yang telus oleh jawatankuasa pemilih yang berpengalaman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Shahir lagi, berbekalkan kekuatan, usaha dan kebijaksanaan menguruskan perniagaan, pihak KBEA 2024 bersetuju menganugerahkan kepada penerima usahawan Kelantan.

Ujarnya, bertemakan “Ayuh, kami raikan kehebatan anda” pihak KBEA membuktikan sektor perniagaan dan keusahawanan anak Kelantan tetap berkembang maju.

Tambah beliau, KBEA turut menzahirkan ucapan syukur dan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr. Hafidzah Muskatkim dan beberapa agensi persekutuan dalam memberi dorongan dan dalam memberi sokongan yang berterusan.

“Nantikan program-program susulan di bawah KBEA bagi tahun 2024.

“Semoga banyak lagi kerjasama murni ini dapat diteruskan pada masa akan datang yang bertujuan untuk memperkasakan lagi kejayaan para usahawan semua. Kekalkan semangat #BangsaUsahawan!,” katanya.

Dalam majlis yang diadakan malam tadi, beberapa selebriti Kelantan turut menerima pengiktirafan, seperti Pekin Ibrahim, Laila Nasir, Eddie Hamid, Kamarool Yusoff (Che Man) dan Eda Ezrin serta Den Manjo.

Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI) turut menerima anugerah Excellent in Media Communication (Journalism). – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast