Aloysius Hong Kwang Ming

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki, Aloysius Hong Kwang Ming dilaporkan hilang sejak keluar dari rumahnya di Tiara Damansara, Petaling Jaya jam 8 pagi pada 11 Jun lalu.

Dia dikatakan mahu pergi mendaki di Bukit Dinding, dekat Wangsa Maju.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Jaafar berkatam dia katakan pergi seorang diri dengan menaiki motosikal Honda berwarna hitam dan biru dan nombor pendaftaran W5917P.

Menurutnya, Hong mempunyai ketinggian 170 sentimeter dan berat 68 kilogram dan berkulit sawo matang dan berambut perang.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Hafizzul Mohd Noor di talian 016-2236804 atau 02-77222222. – MalaysiaGazette