Wanita warga emas mati dibunuh anak lelakinya dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Relau, Pulau Pinang hari ini.

GEORGE TOWN – Seorang wanita warga emas ditemui mati dipercayai dibunuh anak lelakinya yang mempunyai masalah mental di sebuah pangsapuri di Relau di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, suspek yang juga anak bongsu itu dikatakan menelefon dan memaklumkan sendiri kejadian kepada abangnya kira-kira 5 petang, sebelum lelaki itu menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut.

Jelas beliau, susulan itu, pasukan polis bergegas ke lokasi kejadian dan memberkas suspek berusia 40 tahun di unit kediaman terbabit.

Razlam.

“Hasil siasatan awal mendapati sebelum kejadian anak sulung dan kedua menelefon mangsa berusia 67 tahun itu namun panggilan tersebut tidak dijawab sebelum dikejutkan dengan panggilan ibu mereka mati akibat ditikam menggunakan gunting oleh suspek.

“Mangsa yang dikatakan hanya akan datang ke rumah peninggalan suaminya itu tiga hari seminggu bermula Jumaat manakala baki hari tinggal bersama anak sulungnya di Batu Maung dekat sini.

Pihak polis dan forensik sedang menjalankan siasatan di lokasi.

“Suspek pernah membuat ugutan bunuh terhadap semua ahli keluarganya ketika mereka tinggal bersama di Batu Maung selain pernah dimasukkan ke wad rawatan psikiatri di Jalan Perak di sini, tahun lalu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Tambah Razlam, motif pembunuhan masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seskyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk proses bedah siasat,” katanya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here