Barangan rampasan yang ditemui dalam serbuan di sebuah rumah di Kota Tinggi semalam.

KUALA LUMPUR – Dua lelaki ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Kota Tinggi, Johor, jam 9.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Hussin Zamora berkata, dalam serbuan itu, polis merampas dua laras senapang angin bersama 62 peluru penabur.

Selain itu polis turut merampas 133 plastik mengandungi air ketum dan 225 plastik daun ketum serta peralatan untuk memproses daun tersebut yang kesemuanya bernilai RM6,630.

Menurutnya, polis sudah mendapat perintah reman selama empat hari ke atas seorang suspek.

Manakala seorang lagi diberi jaminan polis selepas percakapannya dirakam untuk membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 8(A) dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 30(3) Akta Racun. – MalaysiaGazette