Asmawar Samat

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) mendakwa penubuhan Duta Online Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) adalah agenda parti DAP untuk memperkasakan kedudukannya kerana sekarang ini ramai kartel dan perasuah berselindung di sebalik kuasa penguatkuasaan yang ada pada kementerian tersebut.

Bukankah agensi-agensi di bawah KPKT berhadapan dengan permasalahan besar isu integriti melibatkan salahguna kuasa dan rasuah sekarang ini?,” soal Naib Presiden merangkap Pengerusi Biro Membasmi Kemiskinan, Pertanian dan Aduan Awam Putra, Datuk Asmawar Samat.

Menurutnya, Putra membantah keras cadangan tersebut berkata, permasalahan seperti ini sepatutnya dibanteras oleh agensi siasatan bebas seperti Ombudsman yang masih dalam cadangan untuk ditubuhkan dalam tempoh terdekat,

Dan, bukannya penubuhan pasukan penyampai maklumat atau cybertrooper yang nantinya umpama mahu menegakkan benang yang basah.

Katanya, pada 4 Jun 2024, New Straits Times melaporkan Tan Sri Dr Ismail Bakar, Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan telah menyatakan hasrat penubuhan Ombudsman Malaysia yang mempunyai bidang kuasa ke atas semua agensi kerajaan termasuk badan-badan penguatkuasa untuk mengatasi permasalahan kelemahan pentadbiran dan ketirisan.

Oleh itu, tegasnya, bantahan Putra sejajar dengan kritikan keras Presiden Gerakan, Dr Dominic Lau Hoe Chai, yang menganggap tindakan KPKT tersebut sebagai satu pembaziran dana awam yang serius dan tidak menepati keperluan rakyat kerana akan menekan kebebasan bersuara dan rakyat.

“Oleh yang demikian, YB Nga Kor Ming, Menteri KPKT, secara sedar atau tidak, dapat dilihat telah tersalah bertindak secara solo yang boleh dianggap membelakangi aspirasi Kerajaan Madani yang disertainya dan kesejahteraan rakyat.

“Sebelum ini masa BN ada JASA dan sekarang zaman PH ada JKOM, tidak cukup lagi ke membazir wang rakyat. Ini semua untuk melaksanakan agenda politik parti menggunakan dana kerajaan yang merupakan rakyat,” ujarnya. – MalaysiaGazette