KUALA LUMPUR – Ibu kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek meninggal dunia pada jam 9.30 pagi tadi.

Pejabat Menteri Pendidikan berkata, jenazah Allahyarham Dr Siti Zalikhah Md Nor kini berada di Hospital Serdang dan pihak keluarga akan memberi maklumat lanjut berkenaan urusan pengurusan jenazah dalam masa terdekat.

“Sama-sama kita mendoakan agar roh Allahyarhamah Ustazah Datin Dr. Siti Zalikhah Md Nor dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

“Sesungguhnya, Allahyarhamah seorang insan yang banyak berjasa kepada nusa, seorang pendidik bangsa, seorang aktivis masyarakat sejak zaman muda hingga akhir usianya,” menurut kenyataan tersebut sambal merakamkan ucapan takziah kepada Fadhlina dan keluarga atas kehilangan ini. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here