Tuesday, June 25, 2024
Home Sukan Nuri Sahin pengurus baharu Borussia Dortmund

Nuri Sahin pengurus baharu Borussia Dortmund

Nuri Sahin. Foto X Bayern Munich.
LONDON – Borussia Dortmund mengumumkan pelantikan bekas pemain tengah, Nuri Sahin sebagai pengurus baharu kelab itu bagi menggantikan Edin Terzic.
Sebelum ini, Terzic secara mengejut meletak jawatan selepas berjaya membawa Dortmund ke final Liga Juara-Juara (UCL) dan tumbang 0-2- kepada Real Madrid di Stadium Wembley, awal bulan ini.
Pengurus berusia 41 tahun itu yang mengharungi musim kedua di sana menamatkan Bundesliga musim 2022-23 di tempat kedua selepas seri pada hari terakhir dengan Mainz, sekali gus memberi laluan kepada seteru rapat, Bayern Munich, untuk merampas kejuaraan.
Dortmund mengesahkan Sahin akan dinaikkan pangkat setelah menandatangani kontrak hingga Jun 2027. – Agensi