Foto: Fb West Bengal Congress

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh manakala 30 lagi cedera dalam kemalangan kereta api berhampiran stesen New Jalpaiguri, Bengal Barat, India pada Isnin.

Menurut laporan media tempatan, sebuah kereta api barang merempuh dua gerabak belakang Kanchanjungha Express hingga tergelincir dari landasan.

“Terkejut mendapat berita mengenai kemalangan kereta api tragis di kawasan Phansidewa di daerah Darjeeling,” kata Ketua Menteri Bengal Barat, Mamata Banerjee.

Beliau berkata, pegawai tempatan, doktor, ambulans dan pasukan bencana telah dikerah ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat dan bantuan perubatan.

“Operasi menyelamat sedang dijalankan dengan pantas. Pihak Keretapi, NDRF (Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan) dan SDRF (Pasukan Tindak Balas Bencana Negeri) sedang bekerjasama rapat.

“Mereka yang cedera dibawa ke hospital. Pegawai kanan telah tiba di lokasi,” kata Menteri Keretapi Ashwini Vaishnaw dalam satu hantaran di media sosial. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast