Gambar hiasan.

MINA – Ibadah haji tahun depan akan menjadi haji terakhir pada musim panas.

“Musim haji akan memasuki fasa baharu perubahan iklim pada tahun 2026. Kita tidak akan menyaksikan haji musim panas semula selepas 17 tahun,” kata, jurucakap Pusat Meteorologi Kebangsaan Arab Saudi (NMC), Hussein Al-Qahtani.

Al-Qahtani berkata, tahun 2026 akan menandakan permulaan haji musim bunga selama lapan tahun berturut-turut, diikuti dengan lapan tahun lagi ibadah haji akan berlaku pada musim sejuk.

“Kami akan mengucapkan selamat tinggal haji pada musim panas untuk tempoh 16 tahun,” katanya sambil menyatakan suhu purata dalam haji ini antara 45 dan 47 darjah Celsius.

Dr Mansour Al Mazroui, Ahli Majlis Shoura yang merupakan penyelidik dalam perubahan iklim, mengesahkan tahun depan juga akan menyaksikan musim haji pada musim panas, dan kemudian musim haji akan jatuh pada musim bunga selama lapan tahun, selepas itu ia akan berpindah ke musim sejuk.

“Musim haji datang pada musim sejuk, bermula pada tahun Hijriah 1454 dan berterusan selama lapan tahun, berakhir pada tahun Hijriah 1461. Manakala haji pada musim gugur pula antara tahun 1462 dan 1469,” katanya.

Oleh itu, tambahnya, empat musim telah menyelesaikan kitaran selama 33 tahun Hijriah, untuk memasuki semula musim haji pada musim panas lagi pada tahun 1470 untuk selama sembilan tahun. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast