KUALA LUMPUR – Seorang wanita maut selepas motosikalnya dilanggar dalam kejadian di persimpangan Taman Tanjak Kuala Kubu Bharu, di Selangor pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superitendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar jam 8.02 pagi.

“Siasatan awal mendapati, mangsa berusia 42 tahun yang menunggang motosikal sedang dalam perjalanan dari arah Batang Kali ke Kuala Kubu Bharu untuk pergi bekerja.

“Kemudian mangsa telah dilanggar kenderaan dipandu lelaki berumur 26 tahun yang mahu membelok ke kanan keluar dari simpang Taman Tanjak Kuala Kubu Bharu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun katanya, wanita itu disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Kuala Kubu Bharu.

“Hasil bedah siasatan yang dilakukan pihak hospital mendapati, punca kematian akibat polytrauma.

“Susulan itu siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya. – MalaysiaGazette