Mantan ahli parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar bercakap kepada media pada program jelajah Bpn Selangor dan Adun Bersatu bahagian Tanjong Karang di Warung Nasi Lemak Pak Anjang, Selangor. Foto WAN NABIL NASIR, 10 MAC 2024.

KUALA LUMPUR – Bekas menteri, Tan Sri Noh Omar dilantik menjadi Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN).

Pelantikan dibuat menerusi Mesyuarat Dewan Tertinggi MN yang dipengerusikan oleh presiden NGO berkenaan, Tan Sri Annuar Musa pada 20 Jun lalu.

MN dalam mesyuarat yang sama turut melantik sekumpulan lagi individu bagi mengisi jawatan peringkat Dewan Tertinggi MN.

Selain Noh, Datuk Shamsiah M. Yassin, Dr Subash Chandrabose dan Chua Hock Kuan dilantik sebagai naib presiden.

Noh dalam media sosial mengucapkan terima kasih atas kepercayaan Annuar kepadanya membantu MN.

MN dahulu gagal sebagai kerjasama politik antara Pas dan UMNO namun kini diteruskan sebagai NGO. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here